Archive for April 2020



Tips pilih baju sesuai untuk pengantin 'Plussize' - Malaysia ...

#1 PAKAI KORSET

Pakai lah korset! postur badan anda akan lebih menarik dan terletak. Korset memberikan bentuk tubuh yang lebih kemas dan dapat menyembunyikan lemak-lemak badan. Tentu anda nak kelihatan cantik dan lebih kurus terutama ketika bergambar kan. Pemakaian korset sangat digalakkan.
                         


#2 ELAKKAN UKURAN BAJU YANG KETAT ATAU TERLALU LONGGAR

17 Baju Nikah Simple & Elegen Yang Sesuai Untuk Ratu SehariPastikan anda membuat baju mengikut ukuran yang betul. Tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar. Baju yang terlalu ketat akan menampakkan lemak-lemak badan dan baju pengantin yang terlalu longgar akan menampakkan badan yang besar.


#3 SIMPLE DAN TIDAK TERLALU SARAT
                                     
Pilih lah perincian baju yang simple dan sederhana. Perincian yang terlalu banyak dan sarat akan memburukkan lagi penampilan anda. Anda akan kelihatan lebih besar.

#4 AKSESORI KECIL DAN SEDERHANA

Pilih aksesori kecil dan sederhana. Seperti perincian baju, aksesori juga harus simple. Ia akan membuatkan anda nampak simple, kurus dan sederhana.

#5 POTONGAN BAJU YANG SESUAI

Potongan baju perlu sesuai dengan bentuk badan ye! Jika anda tidak pasti, boleh rujuk gambar dibawah ni. Pastikan anda tahu bentuk tubuh sendiri dan pilih 'cutting' baju yang bersesuaian. Potongan yang sesuai akan menyerlahkan bentuk badan dan kecantikan busana pengantin anda.

                              Body Shape Infographic



#6 PILIHAN WARNA

Pilih warna yang gelap untuk menonjolkan kelangsingan seperti warna emerald green, navy blue, dark brown dan navy blue. Selain itu, anda juga boleh menggunakan warna pastel. 

               Tips pilih baju sesuai untuk pengantin 'Plussize' - Malaysia ...

#7 PILIH KASUT YANG SESUAI

Kasut juga memainkan peranan untuk menampakkan anda kurus. Kasut bertumit tinggi akan membuatkan anda kelihatan tinggi dan lebih seimbang dengan badan yang besar. Pastikan anda memilih kasut yang sesuai dan selesa. 

Berbadan besar bukan halangan untuk anda nampak cantik di hari perkahwinan. Buat pilihan yang betul dan ikuti tips ini untuk kelihatan kurus dihari bersejarah anda 😍. Sekian

Next~ ~ ~ ~ ~ 



TIPS NAMPAK KURUS BAGI PENGANTIN BERBADAN BESAR

- Copyright © linborhan.com - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -