Cara Buat Bisness Blog Yang Menjana Duit Secara Online

 


Tertanya-tanya bagaimana mencipta blog yang menjana pendapatan lumayan?

Belajar cara mulakan Blog dengan hanya 7 langkah mudah. Nak mulakan blog sangat mudah dan anda tidak perlu menjadi seorang pakar untuk memiliki blog. Namun, jika anda ingin berjaya dengan bisnes blog, anda perlu belajar cara yang betul dan tahu untuk menulis konten.

Jom mulakan blog penjana wang anda sekarang. Ikuti setiap langkah dan strategi yang saya kongsikan di sini.



1. Pilih ‘Niche’ Blog Anda Sekarang

Apabila anda mahu memulakan sesuatu blog, tentu sahaja anda perlu memikirkan topik yang anda ingin kongsikan. Pelbagai topik seperti resepi masakan, perkongsian kehidupan seharian, kisah anak-anak dan keluarga, traveling atau apa sahaja topik yang anda suka.

Kebanyakan blogger memulakan blog peribadi yang sememangnya menyeronokkan dan membantu pembaca belajar sesuatu. Blog peribadi kerap menyajikan pelbagai jenis cerita dan topik.

Namun, jika anda ingin menjadi blogger yang menjana pendapatan lumayan, anda perlu memilih suatu topik yang spesifik. Kemudian, fokus pada topik spesifik itu dengan memberikan maklumat spesifik kepada pembaca kerana ia lebih bermanfaat dan meningkatkan jenama blog anda. Anda juga menjadi lebih bersemangat menulis untuk orang yang mempunyai minat yang sama.



Apabila memilih ‘niche’ anda perlu pertimbangkan 4 perkara ini.

  1. Apa topik yang anda ingin ajarkan. Fokus kepada penyelesaian masalah pembaca.
  2. Pengalaman anda dalam topik yang anda ingin ketengahkan
  3. Pengaruh anda dalam industri berkenaan topik tersebut
  4. Adakah ‘niche’ itu boleh menjana wang untuk blog anda

Panduan lebih detail berkenaan pemilihan ‘niche’ di sini Bagaimana memilih blog ‘niche’

Tahu apa yang anda ingin tulis, kenal pasti sasaran pembaca dan industri yang ingin anda ceburi akan memainkan peranan dalam kejayaan blog anda.

Bersedia untuk melancarkan blog anda dengan Bluehost? Mulakan dengan hanya $ 2.95 / bulan (potongan 63% dari plan hosting anda) dengan pautan ini try Bluehost

2. Pilih Nama Blog dan Web Hosting

Sebelum anda mula ‘blogging’, anda perlu buat persediaan untuk blog anda. Perkara pertama yang anda perlu buat adalah miliki nama domain untuk blog anda.

Perkara yang perlu di ambil kira semasa memilih nama domain:
1. Nama yang mudah di ingat dan senang di taip
2. Gunakan nama yang ringkas dan tidak mengelirukan
3. Elakkan menggunakan nombor atau simbol yang mengelirukan
4. Gunakan nama yang tidak terlalu focus pada ‘niche’

Selepas anda memilih nama domain yang sesuai, anda pergi ke Bluehost dan mendaftar ‘Basic Plan’ mereka serendah $2.95 sahaja sebulan. Anda juga akan mendapat nama domain sacara percuma!

Bluehost adalah pilihan terbaik kerana ia sangat simple dan mudah digunakan, anda juga bebas memilih pebagai design yang ‘powerful’ dan menarik.





Cara daftar plan hosting:

  • Klik Bluehost.com dan klik ‘Get Started’
  • Pilih ‘Basic Plan’.
  • Masukkan nama domain anda.
  • Cipta Akaun.

Tahniah! sekarang anda sudah berada di internet. Anda sudah bersedia untuk perjalanan seterusnya?

3. Install WordPress Untuk Mulakan Bisnes Blog

WordPress adalah platform terbaik untuk bisnes blogger menjana pendapatan lumayan. Apabila anda telah melanggan ‘Basic Plan’ Bluehost, dengan satu klik sahaja anda terus install WordPress dan melancarkan blog dengan lebih mudah.

WordPress menyediakan tema blog yang pelbagai dan menarik. Anda boleh pilih yang percuma atau berbayar. Pilihan blok, text dan gambar menarik untuk tema blog anda mempengaruhi jumlah wang yang akan mengubah hidup anda.

Adakah anda sudah bersedia untuk memulakan blog anda? Mulakan dengan hanya $2.95/ bulan (potongan 63% dari plan hosting anda) dengan pautan ini try Bluehost .

4. Pilih Tema Blog

Pilih template WordPress dengan gaya dan rekabentuk yang bersesuai dengan blog. Anda boleh menggunakan tema template yang percuma (terhad) atau yang berbayar.

perkara perlu anda ambil kira ketika memilih tema blog:
1.Mesra Enjin Carian
2. Masa ‘loading’ pantas
3. Ringkas dan mudah digunakan
4. Responsif
5. Serasi dengan pelbagai jenis browser
6. Gunakan tema yang mempunyai rating yang tinggi


5. Pasang ‘Plugin’ Yang Simple dan Berguna Untuk Blog

Plugin adalah alat yang berintegrasi dengan laman web dan membantu perkembangan blog anda.
Penting untuk anda memilih plugin terbaik untuk kelajuan SEO dan laman web.



4 Plugin yang saya rekomen anda pasang:

1. Yoast SEO – Plugin ini membantu meningkatkan SEO laman web dan menaikkan jumlah pelawat dari google, bing dan media sosial.

2. Jetpack – adalah toolkit utama yang mempercepat dan mengembangkan blog. Dengan adanya Jetpack, bukan sahaja anda boleh mengetahui statistik pelawat, blog anda juga lebih selamat.

3. Elementor Pro adalah alat untuk membuat ‘home page’ dan ”about page. Anda boleh memilih untuk menggunakan versi percuma, tetapi versi Pro membawa blog ke tahap yang jauh lebih baik.

4. ShortPixel Image Optimixer membantu memampatkan size gambar dan menjadikan file lebih kecil. Ini penting untuk menjadikan blog lebih pantas.




No comments:

Post a Comment