Showing posts with label fiverr. Show all posts
Showing posts with label fiverr. Show all posts

USD5,000 secara Online Percuma (Buat Duit Online 2021 Percuma)

Salah satu kaedah termudah dan paling senang untuk menjana wang secara online adalah dengan menjual kemahiran dan perkhidmatan anda di Laman Web yang dipercayai seperti Fiverr


Anda boleh mula menjana wang dalam talian dengan menyediakan perkhidmatan sebagai freelancer


Hari ini saya akan tunjukkan kepada anda, salah satu perkhidmatan yang anda boleh tawarkan


dan mula menjana wang dalam talian walaupun anda tidak mempunyai kemahiran.





Anda boleh menjana pendapatan dengan FIVERR walaupun tiada pengetahuan dan kemahiran khusus. Jom belajar cara-cara lengkap dengan video di bawah ni





Ini lah perkhidmatan yang patut anda tawarkan iaitu perkhidmatan membuang latar belakang gambar (background removal). 


Anda mungkin mula mengeluh ya? hei.. saya tidak tahu photoshop dan saya tidak tahu design atau menyunting gambar atau sebagainya


Jangan risau saya akan tunjukkan kepada anda sekarang dalam satu minit bagaimana anda boleh membuang latar belakang gambar apa pun dengan satu klik sahaja. 


Sebelum itu, jom kita pergi ke FIVERR




dan lihat banyaknya orang yang menyediakan servis membuang gambar latar belakang. Ia nya sangat mudah dan menguntungkan. Anda boleh menjana dari USD5 sehingga seberapa sahaja amaun yang anda tetapkan. Harga bergantung pada anda dengan minimum USD5.






Jadi bagaimana caranya untuk membuang latar belakang gambar?


Sekarang jom pergi ke laman web canva.com yang mana website ini menyediakan banyak design, template dan tools untuk penyuntingan gambar, ebook, video, flyers, template dan sebagainya.


                           

Sekarang anda boleh daftar secara percuma untuk mengekses masuk ke dalam website.




Kemudian, anda perlu klik ‘design’ dan buka “blank design’. Buat masa ini, saya hanya tunjukkan kepada anda bagaimana canva.com ini berfungsi. Boleh juga rujuk pada video di atas.

 




                            

Sekarang muat naik gambar yang anda ingin edit sebagai contoh.  



Klik pada ‘effect’ dan kemudian buang latar belakang dan tunggu beberapa saat sehingga latar belakang telah dikeluarkan. Kemudian, anda boleh memuat turun gambar ini. 





Beginilah cara kita mengeluarkannya  latar belakang gambar. 


Sangat mudah kan. Canva ini yang akan membuang latar belakang gambar hanya dalam beberapa saat tanpa perlu anda melakukan apa-apa.


Anda juga boleh mengubah saiz gambar ini dan memuat turun secara PERCUMA dengan imej yang berkualiti.


Dengan skill yang sangat senang ini anda boleh mula menawarkan perkhidmatan ini di fiverr atau laman web mana sekali pun.


Jom komen dan follow jika post ini membantu anda. Terima kasih.