CARA BERNIAGA DI ETSY 2023 DAN MENDAFTAR AKAUN PERCUMA!

Platform Etsy sudah tidak asing lagi bagi mereka yang ingin menjana pendapatan secara online dengan memfokuskan pendapatan dari pasaran antarabangsa. Etsy adalah sebuah platform antarabangsa yang mempunyai jumlah seramai 566.4 juta pengguna dari seluruh dunia. 

Jadi, jika anda berminat untuk menjual produk di Etsy, boleh lah membuka kedai di Etsy sekarang. Korang juga tidak dikenakan membuat sebarang bayaran.

Cara-cara untuk mendaftar akaun percuma di Etsy!

Pertama sekali, korang kena lah klik https://www.etsy.com/ untuk membuka akaun.

Tekan ‘sign in’ dan kemudian tekan ‘register’, masukkan ‘email address’ dan ‘password’, kemudian ‘sign in’. 



Cara-cara untuk membuka kedai di Etsy!

Selepas korang berjaya masuk ke dalam platform Etsy, tekan ‘profile’ dan tekan ‘Sell on Etsy”.




Tekan ‘Get Started’, kemudian pilih bahasa ‘English’ , Negara Malaysia dan Matawang dalam Ringgit Malaysia (RM). Kemudian ‘save and continue’ untuk proses seterusnya.




Masukkan nama kedai korang, nama kedai hendaklah antara 4-20 karakter. Kemudian, korang tekan 'create a listing' untuk masukkan produk.

Untuk 'listing' produk dalam Etsy, korang boleh menjual produk fizikal atau produk digital. 

1. Upload gambar dan video

2. Masukkan 'title' yang menjadi keyword carian produk


3. Pilih kategori dan 'renewal option', jenis dan penerangan tentang produk.

4. Kemudian, korang boleh masukkan tag, harga, variasi produk dan shipping option.


Selepas korang dah isi, kira korang dah ada 1 listing dalam Etsy.


Korang boleh menerima pembayaran hasil jualan melalui deposit terus ke akaun korang tau. Boleh lah masukkan mana-mana akaun bank yang anda gunakan. 


Untuk tujuan percukaian, korang pilih ‘individual’ kecuali jika anda adalah company. 

Kemudian di bahagian tentang diri anda, isi kan details korang seperti negara, nama penuh, tarikh lahir dan alamat. 

Untuk bahagian SWIFT BIC, korang boleh buat carian di google SWIFT BIC untuk bank yang korang dah pilih, dan masukkan kod tersebut. Kemudian tekan ‘save and continue’. 


Simple je kan! selepas ni, korang kena belajar cara buat produk digital yang ramai pelanggan cari di Etsy. Dengan produk digital ini, korang boleh menjana pendapatan pasif tanpa perlu membuat produk berulang kali. Salah satu produk digital yang boleh korang jual di Etsy adalah planner, sticker, personal tracker, business tracker, health tracker, tshirt, mug, pillow dan bermacam-macam produk lagi.

Sekian.. 








No comments:

Post a Comment